Saya seorang Muslim

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah rezeki Allah beri, dah mula bekerja. Walaupun hanya kerja sementara, tak apa. Rezeki tetap rezeki! :D Ini langkah pertama, timba ilmu banyak-banyak dalam dunia pekerjaan. Dan Allah itu  Maha Penyayang, Dia bagi bos yang sangatlah baik.  Tempat kerja dekat, gaji pun alhamdulillah, bos baik, kerja 5 hari seminggu. Apa lagi nak? :)

Bekerja di syarikat yang besar macam Sunway, rakan sekerja memang 98% bukan Muslim. Tapi aku tak kisah semua tu. Dan dorang pun layan aku sangat baik, walaupun kami berbeza agama, bangsa, dan of course warna kulit (surelah aku yang malapXD). Hehehe :P

Dan satu hari, aku lunch dengan setiausaha bos besar. Lepas lunch, aku minta diri untuk solat Zohor.

“You go to the office first alright? Because I’m going to the surau, wanna perform my prayer,” aku memberitahu dengan senyuman.

Wahh, you really ‘kuat sembahyang’ one ah?” bersemangat dia membalas.

Bermula dengan senyuman juga aku jawab, “It is not about ‘kuat sembahyang’. This is our routine.”

Ohh I remember, today is Friday, it is Friday prayer, am I right?“.

“Yup, today we have Friday prayer, but that is for men only. All Muslims have to pray routinely 5 times a day.”

“Ohh I see. But why Miss X (rakan sekerja kami yang Muslim) didn’t join you?”

“That’s maybe because she is in her menstrual period. We Muslim women are given gift by our Lord, every month to take about a week leave from our daily prayers.”

“Your parents trained you very well, to hold your faith very strongly. I changed my religion from A to B (biarlah rahsia agamanya) because I’m not a religious person. So I picked the easiest.”

Sekali lagi, aku hanya mampu senyum.

“Then you better go pray first, happy praying!” dia mengakhiri dengan ucapan, yang bagi aku ikhlas :)

Ya. Di mana pun aku, dengan siapa, bila-bila masa pun. Aku tetap seorang Muslim, yang sedaya upaya untuk memenuhi tanggungjawab pada yang Memiliki Segalanya, segalanya yang aku pinjam dari Dia. Dan tanggungjawab aku, aku laksanakan tanda terima kasih tak terhingga aku padaNya, untuk segala pinjamanNya yang terlalu banyak. Moga ini juga dapat aku terangkan pada sahabat itu nanti kenapa aku solat dan sebagainya. Moga dipermudahkan, dan moga dia nampak betapa indah jadi seorang Muslim. Aminn Ya Rabb.

Aku Muslim. Aku bangga. Dan aku mahu jadi Muslim yang Mukmin juga! :D

Take care everyone! :)

Bukan sekadar halal, perlu berkat

Assalamualaikum :)

Dalam sibuk-sibuk mencari sumber rezeki atas bumi Allah, aku memerhati dan mendengar dari sekeliling tentang realiti dalam dunia pekerjaan. Betul, aku masih belum pun lagi bergelar seorang pekerja, tapi aku belajar dari apa yang aku lihat, apa yang aku dengar.

Bekerja – dapat duit. Tapi itu bukan seindah yang disangka. Gaji dapat setiap bulan, tapi hati yang menghadap kerja tu je yang tahu realitinya.

So aku lebih berhati-hati untuk cari kerja. Bukan memilih hanya melihat gaji, tapi memilih supaya elok dengan hati.

Aku pernah ditanya dalam satu interview, “Awak tak kisah ke, awak ada degree, dari universiti yang world recognized. Nanti kawan-kawan awak kerja di syarikat-syarikat besar, gaji tinggi. Tapi apa yang kami dapat tawarkan pada awak hanya banyak ni.”  Bagi aku, itu soalan untuk hati. Bagi aku, bekerja bukan hanya kerana gaji. Aku tak mahu bangun setiap pagi, “Allah, kerja lagi hari ni”. Tak mahu. Aku mahu bangun, “Allah, moga aku dapat bekerja dengan lebih baik hari ni”.

Aku mahu apa yang aku dapat tu bukan sekadar halal, tapi juga berkat. Apa guna gaji yang halal kalau hampir setiap hari bekerja dengan rungutan, itu tak puas hati, ini tak puas hati.

Betul, jadi Muslim kena kaya, supaya makin banyak rezeki kita, makin banyak zakat yang kita mampu keluarkan. Makin ramai ummat yang kita mampu tolong. Tapi terbayarkah zakat kalau harta yang diperoleh tak berkat?

Ramai yang usaha untuk cari rezeki yang halal, tapi lupa cari keberkatan tu. Pernah nampak orang bergaji halal berpuluh-puluh ribu tapi tak pernah cukup keperluannya, tak men’jadi’ anak-anaknya, tak tenang hatinya, etc.? Dan pernah lihat, orang yang juga bergaji halal tapi dengan jumlah yang kecil, nampak tenang hidupnya, cukup keperluan, anak-anak berjaya, soleh-solehah? Itu kerana berkat.

Buat sahabat-sahabat yang belum bekerja, sebelum memikirkan tentang gaji, tanya dulu isi hati.

Buat sahabat-sahabat yang sedang bekerja, bersyukurlah. Hentikan rungutan. Ingat rezeki yang Allah beri, sedangkan di luar sana ramai lagi yang belum dapat peluang bekerja. Jadikan sumber rezeki yang halal tu berkat, sebab gaji itulah yang nak dibuat belanja untuk diri sendiri, untuk keluarga.

Mulakan segalanya dengan namaNya, yang Maha Berkuasa Atas Segalanya.

Take care everyone :)