Solat dan Rabiatul Adawiyah

Assalamualaikum=)

Ok, nak share pasal buku beli masa Ramadhan hari tu. Rabiatul Adawiyah, Perindu Cinta Abadi.  Penulisnya Zahirudin Zabidi.

Sebelum ni, bila disuruh Syamila baca buku sejarah, bertuah kalau habis baca dan boleh ingat apa yang dah dibaca! Memang tak boleh masuk. Hehe=p Tapi jauh di sudut hati, diri ni nak sebenarnya tahu tentang sejarah, sejarah Islam terutamanya, sirah. Buku sirah yang beli 2 tahun lepas pun tak habis baca lagi. HuhuT_T

 

Tapi sejak makin rancak dunia penulisan Malaysia ni menghasilkan buku-buku yang best-best!:) Tiap-tiap bulan mesti at least satu buku nak beli^^ Bulan exam ni je tak beli lagi sebab nak all out untuk buku akademik. Tempat yang popular utk cari buku best apa lagi, POPULAR lah:) Dan kali pertama tengok buku Rabiatul Adawiyah ni terus jatuh cinta. Aku ni dahlah jenis cerewet. Tapi sekali pandang je, terus capai buku ni, bayar, bawak balik, balut, terus baca. Dan tak sia-sia cinta pandang pertama aku:)

 

Buku ni cerita pasal sejarah hidup Rabiatul Adawiyah dari kelahiran beliau sampailah akhir hayatnya. Memang sangat tersentuh. Tersentuh dengan betapa agungnya cinta seorang wali Allah pada Penciptanya. Nak bandingkan dengan diri ni, macam atom dengan bintang VY Canis Majoris pun belum tentu. Huhu. Rasa kerdil sangat. Tapi part yang paling menyentuh hati aku, pasal solat. Selama ni, disebabkan lahir dalam Islam (alhamdulillah), aku tercari-cari apa makna solat tu pada aku. Jujur, sebelum ni solat, rasa tertanya-tanya. Solat sebab memang dah kewajipan, solat sebab takut api neraka, solat sebab dah memang disuruh solat, kadang-kadang macam tak ikhlas pun ada. Huhu. Tu yang jadi solat macam ayam mematuk. Tu belum lagi solat berlubang-lubangT_T

 

Tapi bila baca buku ni, aku faham erti solat tu. Mengharap redha Allah. Aku ni banyak lagi sangat kurangnya, salah satu sebab, solat yang tak sempurna. Dari buku ni, aku faham ‘makna’ solat tu. Redha. Aku tak tahu macam mana nak explain sepenuhnya kat sini, tapi cubalah baca buku ni, insyaAllah korang faham apa aku rasa. Penyampaiannya buat kita nak teruskan baca buku tu satu perkataan demi satu perkataan, sampai habis. InsyaAllah cuti ni nak buat second round baca lagi sekali:) Supaya insyaAllah, lebih lengkap setiap waktu solat, lebih sempurna setiap kali solat. Taknak dah solat terpaksa ke, paksa rela ke, taknak!Dan moga dari solat yang sempurna, diterima dan mendapat redhaNya, berubah diri ni sedikit demi sedikit. Jadi Islam bukan sebab keturunan, tapi sebab diri sendiri mahu. Doakan ya;)

 

Ok, sesi berehat dari study dah habis. Sambung study!

 

Take care everyone=)

Andai diberikan emas permata,ku pilih senyumanmu

Assalamualaikum=)

 

Andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu. Suka rangkap lagu ni=) Sebab betapa bermakna senyuman seseorang tu kan? Senyuman ni tak semestinya senyuman si buah hati je ok? Senyuman semua. Mak, abah, adik, kawan-kawan. Kalau korang, mana korang pilih? Masing-masing dengan pandangan masing-masing=)

 

Tapi bagi aku, yang dah 22 tahun lebih hidup, terasa sangat bermakna senyuman seseorang berbanding wang ringgit, harta kekayaan. Sebab sungguh kebahagiaan tak akan pernah dapat dibeli. Bak kata mak, “Tak semestinya seseorang tu bahagia kalau berkahwin dengan orang kaya sekali pun”.

 

Walau sesibuk mana pun kita, ambil seminit. Paling kurang, hantar mesej pada ahli keluarga, kawan-kawan, insan-insan sekeliling kita, yang kita sayangi dan sayangi kita, untuk tanya khabar,  selamat pagi, selamat petang atau paling kurang smiley. Cukup. Tanda ingatan kita sangat bermakna untuk seseorang. Mana tahu masa tu dia tengah down ke, tak ada semangat, sedih, tapi dengan tanda ingatan kita, kita dah sangat membantu.

 

P/S: Thanks pada insan yang letak sticky-o-note pada cermin ladies washroom di library Monash. ” You are an inspiration”. Ramai insan yang tersenyum kerana nota itu=)

 

P/S/S: Thanks pada insan “Z” yang tinggalkan nota di motor aku beberapa minggu lepas. “Nice ride“. Hehe. Tak kisahlah perli ke apa sebab menyempit kat parking, tapi masa tu aku tengah penat sangat, tapi kurang sikit penat dengan nota tu. Even a smiley on a note pun sangat bermakna=) Sorry, lain kali akanku menyempit lagi=p

 

Take care everyone=)