Assalamualaikum=)
Andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu. Suka rangkap lagu ni=) Sebab betapa bermakna senyuman seseorang tu kan? Senyuman ni tak semestinya senyuman si buah hati je ok? Senyuman semua. Mak, abah, adik, kawan-kawan. Kalau korang, mana korang pilih? Masing-masing dengan pandangan masing-masing=)
Tapi bagi aku, yang dah 22 tahun lebih hidup, terasa sangat bermakna senyuman seseorang berbanding wang ringgit, harta kekayaan. Sebab sungguh kebahagiaan tak akan pernah dapat dibeli. Bak kata mak, “Tak semestinya seseorang tu bahagia kalau berkahwin dengan orang kaya sekali pun”.
Walau sesibuk mana pun kita, ambil seminit. Paling kurang, hantar mesej pada ahli keluarga, kawan-kawan, insan-insan sekeliling kita, yang kita sayangi dan sayangi kita, untuk tanya khabar, selamat pagi, selamat petang atau paling kurang smiley. Cukup. Tanda ingatan kita sangat bermakna untuk seseorang. Mana tahu masa tu dia tengah down ke, tak ada semangat, sedih, tapi dengan tanda ingatan kita, kita dah sangat membantu.
P/S: Thanks pada insan yang letak sticky-o-note pada cermin ladies washroom di library Monash. ” You are an inspiration”. Ramai insan yang tersenyum kerana nota itu=)
P/S/S: Thanks pada insan “Z” yang tinggalkan nota di motor aku beberapa minggu lepas. “Nice ride“. Hehe. Tak kisahlah perli ke apa sebab menyempit kat parking, tapi masa tu aku tengah penat sangat, tapi kurang sikit penat dengan nota tu. Even a smiley on a note pun sangat bermakna=) Sorry, lain kali akanku menyempit lagi=p
Take care everyone=)
andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu..
andai kupunyai mahligai intan, ku hadiahkan untukmu..
walau berjuta bintang berkelipan, kau bagaikan kejora..
antara ribuan mata menikam takkan ku biarkan kau tenggelam…
lagu rahmat mega pun leh jd cerita ea..?
creatif… juz tajuk jela..