Assalamualaikum=)
Wah, cuti panjang! Dah puas manja-manjakan diri selama seminggu bermalas-malasan, cuti aku gunakan untuk bagi komitmen settlekan urusan buat lesen kereta dan motor. Ye, aku belum ada lesen walaupun dah jauh merempit ke sana-sini. Hehe.
Semua orang tahu masa buat lesen, banyak sangat masa yang habis sebab menunggu. And those who know me very well, tahu yang aku sangat tak suka menunggu. Mahu panjang 1 kilometer muncung kalau menunggu. Hehe. So, biarlah orang nak cakap aku apa pun, “Ek eleh bajet budak ni siap bawa, baca buku nak pergi buat lesen”, biarlah. Masa aku, buku aku, duit aku. Aku tak susahkan sesiapa kan?:)
2 buku yang sempat aku baca, Khalid Al-Walid – Memburu Syahid oleh Abdul Latip Talib dan Become the Person You Have Always Wanted To Be oleh Steve Chandler. Dua-dua buku ni awesome ok!:) So jom aku share sikit apa yang aku dah baca.
Kita review English book dulu sebab ni first time kan cerita pasal English book:) Aku beli buku ni masa aku betul-betul perlukan kekuatan untuk percayakan diri sendiri, sayangi dan terima diri seadanya and at the same time, do the same things to other people around me. And alhamdulillah, Allah showed me the right book to be bought:)
Buku ni menarik sebab Steve Chandler shared his life experience, life journey with failures, flaws and pains. Kalau kita tengok orang yang berjaya sekeliling kita, mereka orang yang paling banyak gagal, paling banyak rasa susah dalam hidup. Orang yang belajar tak tinggi, bukan berasal dari keluarga yang berharta, yang digelakkan orang lain. Betul tak? Dalam buku ni, Chandler terangkan kenapa seseorang tu boleh berjaya walaupun dah banyak kali dia gagal. Buku ni ajar aku untuk reinvent diri sendiri, buang apa yang aku rasa negatif dan optimumkan yang positif. Aku mula belajar hargai dan lebih sayangi diri sendiri dan pada masa yang sama buat benda yang sama pada orang lain. Dan jangan jadi judgmental pada orang lain. Apa yang jadi seseorang, jangan pernah sekelumit pun judge orang tu sebab kita tak berada dalam kedudukan dia. Chandler buat aku sedar tentang benda ni bila dia share pasal rasa prejudis dia pada perempuan. Semuanya berpunca sebab masa kecil dia tak dapat terima bila mak dia mabuk, buat perangai masa dia kecil, masa ayah dia pergi berperang. Dia rasa semua perempuan sama je. Tapi bila dia consult mentor dan kawan dia, dia sedar yang dia tak boleh judge mak dia sebab dia tak berada di tempat mak dia, tak rasa apa yang mak dia rasa. Dan PANG! Aku rasa dikejutkan dari mimpi bila baca part ni. Yup, aku prejudis pada lelaki. YA, NUR SYAMILA PREJUDIS PADA LELAKI! Bagi aku semua lelaki sama je. Aku jadi macam ni sebab pengalaman sendiri dan kawan-kawan perempuan dengan lelaki. Tapi bila baca apa yang Chandler tulis, aku sedar yang aku silap, silap besar. Tak semua orang jahat. Dan ramai yang perlu aku hargai, dan PERCAYA! Tak semua lelaki sama…:)
Buku ni ajar aku terlalu banyak perkara. Terlebih berbaloi beli dengan harga RM 27.90. Betul, buku ni sangat membantu aku jadi manusia yang lebih positif terhadap diri sendiri dan orang lain. Nak share kat sini semua memang tak cukup walaupun buku ni ada 219 mukasurat je. Tapi kita boleh belajar banyak benda – life, love, death, everything! Aku recommend sangat baca. Boleh mantapkan English sekali:)
Banyak benda nak quote dari buku ni sebab semuanya ditulis dengan sangat bagus! Tapi tak bolehlah nak letak semua kan, nanti habis semua page aku tulis kat sini. Hehe. Kita ambil satu:
Youare more than you feel
Selamat membaca and take care everyone! Love♥
P/S: Next post aku cerita pasal buku Khalid al Walid pula ok?:)