Cantik tak menjamin bahagia

Assalamualaikum=)

Out of blue, tiba-tiba teringat statement seorang sahabat – sedihnya jadi orang tak cantik.

Speechless.

Tapi bila memikirkan apa yang aku ada sekarang, aku tersangatlah bersyukur.

Yes, I am not a woman born with beauty yang boleh buat orang pandang sekali, nak pandang banyak kali lagi. Setiap lensa kamera berebut-rebut nak shoot. I am not :)

TAPI,

Aku ada hidup yang dah cukup cantik sekarang (^__^). Aku ada family yang sangat superb, dan orang sekeliling – yang buat aku rasa cukup semuanya, buat aku bersyukur dengan setiap nafas yang Tuhan beri, buat aku tersenyum walaupun dugaan datang, tersenyum setiap pagi aku bangun. Mahu apa lagi?

Aku tahu, susah jadi perempuan yang sangat sinonim dengan kecantikan. Especially bila kena survive dalam masyarakat yang obses dengan kulit-putih-baru-cantik==”. I am proud with my skin colour anyway :D

Aku sendiri pun tengah build up confidence untuk tak ambil peduli dengan pandangan orang lain. Sakit oh hidup dengan kata-kata sinis dan pandangan orang – yes of course they are talking about my extraordinary-height-wah-peliknya. Am I an eyesore with this height? I am sorry I couldn’t help because HE gives me this and I just love the way I am! :D I am sorry I have to answer – for me, the quite unintelligent question “Kenapa awak ni tinggi sangat” with that  annoying intonation with “Allah cipta saya. Ask HIM”. I didn’t mean to be mean but the question is so mean itself. If even you wanna ask, ask in a very kind intonation, please? :) I will give you a very kind answer as well :D

Itu baru satu aspek.

Tapi aku kena belajar menerima apa dan syukuri apa yang aku ada sekarang. Kalau aku diberi pilihan untuk tukar dengan normal height Malaysian women have dengan apa yang aku ada sekarang, aku TAK NAK. Even if kalau aku diberi pilihan untuk jadi perempuan paling cantik dalam dunia ni pun, AKU TAKNAK.

If only aku boleh tunjuk betapa aku rasa bahagia dalam hati even though I don’t have that pretty look everyone adores – I would. And I will not change it with anything. Even kadang-kadang aku rasa aku tak layak untuk rasa bahagia macam ni. Tapi still, aku tak mahu hilang semua yang aku sekarang(^____^)

Bersyukur – itu kuncinya. Orang yang kau nampak cantik, disayangi semua orang sebab dia cantik tu, tak semestinya hati dia bahagia. Dia mungkin nampak perfect pada mata kau, tapi mungkin at the same time, dia wish untuk ada apa yang kau ada.

Bersyukurlah. Hargai apa yang kita ada. Dan kau takkan terfikir untuk miliki apa yang orang lain ada. And oh Malaysian women, tak perlu berebut-rebut nak berkulit putih, dan bersanggul tinggi dan ber’anything’ pada diri korang yang korang rasa nak ubah. You are pretty just the way you are. And Malaysian men and everyone, kalau tak nak membantu, janganlah meruntuhkan self-confidence seorang wanita. (Please read my statement in a very kind way, thank you :) ).

I am sorry if any of my words hurts anyone – but I am just too tired with the beauty obsession Malaysian women are craving for now. Janganlah jadi mangsa, please. Let people around you love you because of your kindness, your sincerity, and the way you are created by HIM:) It is a reminder for me as well^_^

I envy those pretty women as well sometimes, but I prefer to have my life with everything I have now (^________^)

Love yourself :)

Take care everyone :)

Kelelakian seorang lelaki

Assalamualaikum=)

Hari ni jumpa semula adik-adik Form 3 lepas beberapa bulan, lepas dorang habis PMR. Akak rindu tau, tau, tau? :)

Hari ni aku pun join dorang dengar talk tentang HIV dan AIDS. Juga talk pasal hala tuju kehidupan – yang mana aku faham adik-adik tu tak berapa nak faham sangat. Lebih sesuai untuk lepasan SPM. Tapi elok sebenarnya sebagai permulaan :)

Hari ni aku sempat buat satu aktiviti je – aktiviti bermain-main. Pernah dengar telefon rosak? Thanks kepada Encik Hitsugaya sebab bagi idea nak buat aktiviti ni, siap tolong reka mesej yang disampaikan. Hehe. Walaupun aktiviti yg dijalankan tak berapa berjaya sebab pengsan oh nak control adik-adik tu sorang – tapi hopefully dorang dapat objektif aktiviti tu.

Satu perkara yang amat merisaukan. Pelajar lelaki. Daripada 3 kumpulan, satu kumpulan je yang hantar wakil. Tu pun jenuh bertolak-tolak. Engkau pergilah, engkaulah, ehh, engkaulah. Kenapa ye? Pelajar lelaki sekarang semakin hari seolah-olah hilang jati diri seorang lelaki?

Terlalu main-main. Aku tahu budak lelaki agak nakal, tapi takkan sampai hilang keberanian nak tampil ke depan? Sedangkan yang perempuan boleh? Segan? Bukankah perempuan tu lebih dikurniakan sifat malu? Dan malu dalam untuk sesuatu yang baik? Tak bertempat. Suara hanya lantang dengar dari belakang.

Mungkin kita dah tak pelik tengok jumlah pelajar lelaki di universiti semakin pupus. Tapi takkanlah di institut macam IKBN pun pelajar lelaki dah makin takde? I mean, dalam bidang yang memerlukan skill pun – PEREMPUAN? Automotif – perempuan, jurukerja gas – perempuan, casting (bahagian penghasilan produk sperti enjin kereta, sport rim) – perempuan juga! Jangan nanti pergi ke bengkel pun bukan lagi, “ Bang, tolong cek kan kereta saya bang,” Nanti jadi, “ Kak, tolong cek kereta saya kak,”. (-_-“)

Apa lagi alasan? Oklah, katalah nak cakap, perempuan lebih ramai di university sebab keputusan lebih bagus, lebih pandai kononnya. Di IKBN? Yang memberi peluang untuk yang kurang bernasib baik/kurang berminat dalam bidang akademik? Macam tak dapat nak terimalah perempuan yang buat enjin kereta.

Yang sound-sound aku kat FB pasal alumni lelaki gak. Tapi bila tanya pendapat, senyap sunyi sepi.

So kaum lelaki? Di mana anda? Sehebat-hebat seorang perempuan, lelaki masih perlu jadi pemimpin. Buat kaum Adam di luar sana, especially adik-adik yang jauh lagi perjalanannya – anda dicipta Tuhan untuk memipin, bukan dipimpin. Tunjuk kelelakian anda tu.

Bukan belajar tinggi, gaji besar mana, semanis mana kata-kata, apatah lagi se’handsome’ mana yang djadi ukuran. Tapi sejauh mana usaha untuk kekal menjadi pemimpin yang sepatutnya ada pada seorang lelaki.

Buat lelaki-lelaki yang masih bersifat lelaki, tahniah anda hebat! :) Aku tahu bukan senang untuk menjadi seorang lelaki, memikul tanggungjawab, perlu memimpin, banyak lagi. Tapi anda dah buktikan anda adalah seorang lelaki yang benar-benar lelaki :) Teruskan jadi pemimpin yang baik :D You guys are adorable at women’s eyes you know :) Perempuan berebut nak jadikan pemimpin dalam keluarga, pakcik makcik berebut nak calonkan anak dara mereka.

Maaf jika ada yang terasa. But truth hurts. Maybe ada yang akan ‘fire’ aku lepas ni. Hehe. But instead of maki aku bukan-bukan, apa kata buktikan anda lelaki yang diamanahkan Tuhan untuk memimpin. Aku menulis semua ni bukan merendah-rendahkan kaum lelaki, tak terlintas sikit pun. Sebab kebanyakan lelaki yang aku kenal dalam hidup aku – sangat aku hormati kerana kelelakian mereka (^__^) Cuma aku tak mahu satu hari pemimpin aku adalah perempuan.

Kalau ada yang aku silap dalam kata-kata aku, tegurlah dengan cara baik. Aku juga buat kesilapan.

Take care everyone :)