Assalamualaikum
Sepatutnya post ni dah lama dibuat. Tapi tertangguh-tangguh.
Garam – dalam nama saintifiknya sodium chloride (natrium klorida) bahan yang kita guna hari-hari dalam masakan dan garam ni antara bahan perasa tertua di dunia.
Garam ni banyak kegunaan sebenarnya. Selain diguna sebagai bahan pengawet dalam makanan, contohnya sebagai pengawet ikan, membersihkan kerang sebelum dimasak (rendamkan kerang ke dalam air garam), mengurangkan kemasinan ikan masin dan kepahitan buah peria, garam pun boleh diguna untuk dibuat kumur masa sakit gigi dan ubat gatal-gatal kulit. Orang gatal pun boleh juga diubat, masukkan dalam sekilo garam dalam mulut dia insyaAllah hilanglah gatalnya tu. Hehehe.
So kenapa garam ni sangat berguna? Secara mudahnya dalam sains, garam ni menyebabkan kuman-kuman, organisma-organisma yang menyebabkan ikan jadi busuk, menyebabkan penyakit, akan kekurangan air untuk terus hidup dan membiak. Bila kita tambahkan garam, bukan garam tu yang membunuh kuman-kuman dan organisma-organisma yang ada. Tapi sebab secara semulajadi, bila garam ditambah, air dari sel kuman/organisma tu akan keluar. Kuman dan organisma ni pun macam manusia. Perlukan air untuk terus hidup dan membiak. So macam tu lah garam berfungsi
Dalam perubatan Islam, garam banyak juga diguna. Pernah dengar amalan Rasulullah ambil secubit garam? Dari yang dibaca dari sini, garam boleh membantu untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, magnetik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Boleh baca lagi kegunaan garam yang lain dalam link tu
Secara mudah dalam sains, sodium, Na (natrium) dan chloride, Cl (klorida) adalah dua bahan yang penting untuk pastikan cecair dalam badan kita seimbang. Sebab tulah garam diambil
Kita selalu dengar garam dikaitkan dengan darah tinggi. Kadang kita rasa dalam masakan kita tak guna banyak mana pun kuantiti garam dalam masakan. Ni info yang dikongsi mak masa dia dengar ceramah dari seorang ustaz. Sebenarnya cara penggunaan kita yang salah. Garam tak sepatutnya dimasukkan terlalu awal dalam masakan. Caranya – masukkan garam paling cepat, 30 saat sebelum api ditutup. Aku belum jumpa lagi scientific research pasal ni, tapi mungkin juga bila didedahkan pada haba, akan ada chemical reaction yang menjadikan garam tu sumber penyakit. So kita gunakan tips ni ye untuk kurangkan risiko penyakit (^__^)
Moga bermanfaat!
Take care everyone
P/S: Maaf kalau bahasa berterabur. Nak cuba sampaikan supaya semua orang faham. Tak faham tanya ye

