Assalamualaikum
Kesejukan dalam library. Brrrr~
Entah mendelah tajuk entri Syamila ni (-_-”). Tolong abaikan.
Kuat. Kuat bukan dari segi fizikal. Tapi dari segi mental dan hati.
Generally, taktaulah betul ke tak, orang yang mengenali aku seadanya melihat aku as a positive thinker or aku yang perasan sendiri ni?:P
Alhamdulillah kalau itu pandangan orang pada aku (^__^) Walaupun ada masanya, Syamila pesimis tau. Tapi takkan nak tunjuk aib sendiri sedangkan dah dihijab aib tu:) Hanya orang tertentu je tau
Macam mana boleh stay positif? Aku bukan senang-senang spill out positive words, keep smiling and laughing without having hard times. I am not doing that as easy as makan kacang Ngan Yin. Kadang-kadang makan kacang Ngan Yin pun tak mudah, boleh tercekik. Tak. Aku alami jatuh bangun. jatuh tergolek-golek, merangkak nak bangun berlari semula pun pernah. Air mata boleh kata bergelen-gelen jugaklah. Hati ni dah banyak tampal-tampalnya.
Tapi, aku sentiasa percaya satu benda. Besar dugaan yang datang, besar juga hadiahnya yang menanti aku in the future.
Aku selalu jadikan orang-orang yang sekarang punya nama besar sebagai penguat semangat. Contoh? Thomas Edison. Okay,okay! Aku tau it sounds very cliche. Tapi kau boleh ke bertahan macam beliau nak buat eksperimen sampai 1000 kali untuk cipta mentol tu? Eksperimen buat dalam lab pun, dapat results tak accurate pun pandai-pandai adjust muehehe:P Jangan deny ye student Monash
And aku juga tengok keadaan sekeliling – yang mana kawan-kawan aku diduga lagi hebat. yang aku sendiri takkan boleh bertahan sekuat dorang. Seriously, they have my respect. So takkan aku nak mengalah? Takkan nak lembik? No no no. ramai yang mengharapkan kejayaan aku – yang tak mahu aku kecewakan. Ramai juga yang mahu lihat aku jatuh – yang mahu aku kecewakan. Hehehe
Faktor paling utama yang buat aku sentiasa positif – manusia-manusia sekeliling aku. yang tak pernah putus bagi semangat, sokongan, bantuan :’) yang tahu macam mana susahnya aku nak bangun, yang nampak waktu-waktu aku jadi negatif.
Kalau bukan kerana insan-insan yang ada dalam hidup aku ni, bagilah aku 1000 orang lain sebagai contoh pun, mungkin aku hanya akan teruskan hidup, berserah macam tu je. Fitrah manusia, memerlukan manusia lain disisi. Huiyo ada ke orang boleh bertahan sorang-sorang without depending on others. Yes I know we have HIM, but He sends us other people to help, to remind, to support us. AND! Please, please, please, appreciate mereka yang ada tu.
Buat yang sedang diduga, tabahlah. Tabahlah. TABAHLAH.
Fasabrun jamil, wallahul musta’an (^__^)
Take care everyone!
Faktor paling utama yang buat aku sentiasa positif – manusia-manusia sekeliling aku..
pk positif..”kata … kpd …..”
kata dia kepada saya (^_^)
buhahahahaha.. kata yasin pd makwenya