Assalamualaikum adik-adik sayang
Last post akak dah provide information pasal scholarship. Kali ni kita nak tengok pula apa pilihan yang ada lepas masing-masing dah dapat keputusan SPM. Keputusan SPM yang bagus tak menjamin masa depan kalau pilihan yang dibuat selepas itu salah. So akak harap apa yang akak share dapat membantu adik-adik supaya buat pilihan yang terbaik!
Pilihan yang dibuat tak semestinya berdasarkan keputusan peperiksaan. Memanglah kena bersesuaian, tapi in some cases, perkara lain kena dipertimbangkan. Jangan paksa diri untuk ambil bidang perubatan walaupun anda best student di Malaysia – kalau tak ada terlintas sikit pun minat untuk jadi seorang doktor.
IPTA
IPTA boleh dimohon melalui UPU – sama ada diploma atau asasi. Jangan terus pilih degree ye sebab confirm tak dapat. Huhuhu. Sebenarnya banyak course yang ramai tak tahu. So bila isi borang UPU, dapatkan senarai pengajian yang ada. Caranya? Google. Pergi ke website universiti yang berkenan di hati dan teliti courses yang ada
Hampir semua IPT ada diploma dan boleh teruskan pengajian ke peringkat ijazah lepas habis diploma. Kelebihan ambil diploma, diploma tu ada nilai untuk di’jual’ di pasaran kerja. Walaupun masa yang diambil panjang sikit dari ambil asasi, tapi sijil diploma tu terus boleh dibawa untuk minta kerja – tapi asasi tak. Duration pengajian tu tak adalah berbeza sangat pun. Kalau sambung course yang sama, hanya sambung 2 tahun degree
So total lebih kurang 5 tahun.
IPTS
Berhati-hati pilih IPTS. Cek sama ada IPTS tu dah dapat pengiktirafan JPA atau MQA untuk elak kes susah nak dapat kerja hanya sebab tempat kita belajar tu tak dapat pengiktirafan. Kan susah tu. IPTS bukan hanya kolej, tapi juga universiti macam Monash, Taylor’s, Nottingham, UTP, UniKL etc.. Bagi UniKL, banyak pilihan MIIT (Information Technology) , MFI (France Institute), MIMET (Marine Engineering), MIAT (Aviation Technology), MSI (Spanish Institute), RCMP (untuk perubatan), dan ada lagi 3-4 insitut di bawah UniKL. Cekidout!~
Lain-lain
Selain IPT, boleh juga kalau nak masuk matrikulasi. Sama juga macam asasi, cuma matrikulasi bukan directly di bawah particular university (contoh: asasi UM, asasi UIA etc). Banyak pilihan lain macam Australian Matriculation (AUSMAT), South Australia Matriculation (SAM), A-Level, ADFP, ACTP, IB etc.. Biasanya tu semua persediaan untuk ke luar negara.
Lebih info boleh baca di sini, sini dan sini.
All the best adik-adik!