Harta dunia

Assalamualaikum :)

Makin bertambah usia, makin aku rasa sayang, makin rapat dengan salah satu nikmat yang Allah beri kat dunia ni – KELUARGA. Dan makin Allah tunjuk, betapa wajib aku bersyukur dengan keluarga yang aku ada. Walaupun hidup kami sederhana tapi cukup, cukup segalanya.

Tiada kereta mewah di rumah kami yang comel je. Tiada bertimbun-timbun harta sampai tak tahu nak guna untuk apa. Tapi alhamdulillah, tiada juga yang kami kurang. Mak abah didik kami dengan baik, supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, jangan meminta-minta. Yup, kami adik-beradik tak dididik untuk meminta-minta – handphone? laptop? kereta? duit?  Kami tak pernah minta selagi tak diberi mak dan abah. Tapi alhamdulillah, Allah bagi kami mak dan abah yang pastikan kami cukup segalanya :) Yang paling penting, kami cukup kasih-sayang, perhatian, didikan dan doa dari mak abah. Didikan dan doa – supaya kami jadi anak-anak yang soleh dan solehah. Tu yang paling penting :) Sebab ramai yang di luar sana hanya dapat kasih-sayang, tapi bukan didikan yang baik dan doa dari ibu-bapa masing-masing.

Kadang-kadang kami salah faham, bergaduh, bertekak, bertumbukan, bertelingkah.

Tapi kami sayang antara satu sama lain, kami terima satu sama lain seadanya – yang baik, yang buruk, kami tetap seibu, sebapa.

Bila terluka dengan orang lain, bila sedih, bila susah, bila sakit – kami saling ada.

Cukup, cukup kami sentiasa ada untuk kami, sentiasa bersama:)

Lindungi kasih-sayang kami Ya Allah, lindungi cinta kami biar sampai syurga. Lindungi kami dari berpecah-belah kerana harta, lindungi kami dari godaan dunia.

Tetapkan hati kami dalam satu agamaMU, dalam kasih-sayangMU, dalam perhatianMU.

Aamiin Ya Rahman, Aamiin Ya Rahim.

Take care everyone :)

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s