Bukan sekadar halal, perlu berkat

Assalamualaikum :)

Dalam sibuk-sibuk mencari sumber rezeki atas bumi Allah, aku memerhati dan mendengar dari sekeliling tentang realiti dalam dunia pekerjaan. Betul, aku masih belum pun lagi bergelar seorang pekerja, tapi aku belajar dari apa yang aku lihat, apa yang aku dengar.

Bekerja – dapat duit. Tapi itu bukan seindah yang disangka. Gaji dapat setiap bulan, tapi hati yang menghadap kerja tu je yang tahu realitinya.

So aku lebih berhati-hati untuk cari kerja. Bukan memilih hanya melihat gaji, tapi memilih supaya elok dengan hati.

Aku pernah ditanya dalam satu interview, “Awak tak kisah ke, awak ada degree, dari universiti yang world recognized. Nanti kawan-kawan awak kerja di syarikat-syarikat besar, gaji tinggi. Tapi apa yang kami dapat tawarkan pada awak hanya banyak ni.”  Bagi aku, itu soalan untuk hati. Bagi aku, bekerja bukan hanya kerana gaji. Aku tak mahu bangun setiap pagi, “Allah, kerja lagi hari ni”. Tak mahu. Aku mahu bangun, “Allah, moga aku dapat bekerja dengan lebih baik hari ni”.

Aku mahu apa yang aku dapat tu bukan sekadar halal, tapi juga berkat. Apa guna gaji yang halal kalau hampir setiap hari bekerja dengan rungutan, itu tak puas hati, ini tak puas hati.

Betul, jadi Muslim kena kaya, supaya makin banyak rezeki kita, makin banyak zakat yang kita mampu keluarkan. Makin ramai ummat yang kita mampu tolong. Tapi terbayarkah zakat kalau harta yang diperoleh tak berkat?

Ramai yang usaha untuk cari rezeki yang halal, tapi lupa cari keberkatan tu. Pernah nampak orang bergaji halal berpuluh-puluh ribu tapi tak pernah cukup keperluannya, tak men’jadi’ anak-anaknya, tak tenang hatinya, etc.? Dan pernah lihat, orang yang juga bergaji halal tapi dengan jumlah yang kecil, nampak tenang hidupnya, cukup keperluan, anak-anak berjaya, soleh-solehah? Itu kerana berkat.

Buat sahabat-sahabat yang belum bekerja, sebelum memikirkan tentang gaji, tanya dulu isi hati.

Buat sahabat-sahabat yang sedang bekerja, bersyukurlah. Hentikan rungutan. Ingat rezeki yang Allah beri, sedangkan di luar sana ramai lagi yang belum dapat peluang bekerja. Jadikan sumber rezeki yang halal tu berkat, sebab gaji itulah yang nak dibuat belanja untuk diri sendiri, untuk keluarga.

Mulakan segalanya dengan namaNya, yang Maha Berkuasa Atas Segalanya.

Take care everyone :)

Advertisement

3 Responses to Bukan sekadar halal, perlu berkat

  1. Macammana pula dengan orang gaji puluhpuluh ribu dan anakanak menjadi semua?

    Ataupun orang gaji cukupcukup makan dan anakanak tak menjadi semua?

    • untuk kes pertama, Itu tandanya berkat itu ada. bukan jumlah itu yg penentu segalanya. gaji puluhpuluh ribu, anak soleh solehah, wahh, sangat beruntung dia.

      untuk kes kedua, itu lah yang rugi. dahlah gaji hanya cukup-cukup makan, anak-anak tak jadi orang. mungkin ada aspek yg terlepas pandang. doa tak cukup mungkin? rasa syukur? sedekah? amanah ketika kerja. banyak lagi.

      dan moga kita tergolong dalam golongan yang beruntung. aamiiinn.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s