Assalamualaikum
Huuuu penat sampai rasa nak demam dua hari berturut-turut pergi interview. Bangsar, Pandan, Damansara. Sampai kasut pun dah tercabut-tercabut, kasut juga sudah menghampiri riwayat perkhidmatan. Terima kasih kasut
Pengalaman interview yang berbagai-bagai buat aku hampir mahu putus asa. But lets put that aside. Part yang menyeronokkan bila interviewer tahu aku ada sedikit pengalaman interview orang dan dia mengeluh,” So you already know what kind of questions I’m going to ask you,”. Haha! Dan aku hanya mampu tersengih
Interview di Damansara buat aku hampir menangis. Bukan kerana tertekan, tapi kerana rupanya kerja yang aku minta adalah kerja untuk membantu orang lain. Sounds good kan?
Tapi bila disedarkan yang tugas aku akan melibatkan hidup ramai orang, aku kurang yakin dengan diri sendiri. Tak mahu hidup orang lain tergadai kerana ketidakmampuan aku.
Jika tugas itu rezeki aku, moga Allah permudahkan. Moga aku mampu bantu untuk ubah kehidupan orang lain
Tapi benda paling berharga hari ini buat aku, takdir kasut tercabut aku temukan aku dengan satu scene yang sangat bermakna. Abang tukang kasut, setia ditemani isteri di sisi, dan gurauannya bersama anak kecil yang berusia lebih kurang 2 tahun. Can imagine how that made me smile after a very long tiring day I had?
So instead of melihat hari ini dengan kepenatan dan rungutan tanpa henti, scene tadi buat aku bersyukur dengan apa yang aku ada.
Again.
Bahagia itu ibarat baju.
Baju yang paling selesa kita pakai, yang paling tahan, yang tidak turun warna, yang cantik itu tak semestinya yang paling mahal atau semahal baju berjenama ratusan ribu.
Begitu juga dengan bahagia. Duit berkepuk – kepuk, rumah bertingkat-tingkat, kereta bersusun-susun belum tentu buat kita bahagia.
Dan kunci bahagia adalah syukur. Orang yang bersyukur itu adalah orang yang walaupun dirinya tiada apa, tapi hidupnya cukup bahagia (^_________^)♥
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nahl: 18)
Take care everyone!
